Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Gaya Hidup

Hanya satu daripada 10 program paling popular Netflix berkaitan SG, Asia

Jan 02, 2020 | 05:30 AM

NETFLIX telah mengeluarkan senarai program paling popular di Singapura, dan hanya satu program dalam senarai itu mengandungi bahan berkaitan Singapura atau Asia.

Siri dokumentari Street Food: Asia, yang mencapai nombor lima dalam senarai itu, mengetengahkan makanan berharga rendah di Asia dan satu episod dalam siri itu ialah tentang Singapura.

Street Food: Asia tetap menghadapi pengkritik, dengan ramai warga Asia mengutuk siri itu kerana memuaskan hati penonton Barat dengan mengolah kemiskinan sebagai sesuatu yang romantik di negara seperti Filipna, serta tumpuannya yang intrusif terhadap kisah sedih tentang orang dan bukan makanan.

Siri realiti Singapore Social tidak termasuk dalam senarai itu, meskipun telah menyebabkan kegemparan dalam talian, dengan ramai menyifatkan orang yang dipapar dalam siri itu berfikiran cetek dan berasa ia menyalahgambarkan Singapura yang benar.

Senarai 2019 itu juga menunjukkan penonton Singapura tidak menghiraukan prestij sesebuah program, seperti filem The Irishman dan Marriage Story, yang dikatakan boleh memenangi anugerah Oscar tahun depan.

Apa yang juga menarik ialah selain musim tiga siri Stranger Things, penonton Singapura lebih menonton siri baru daripada siri lama.

Senarai itu berdasarkan jumlah akaun yang menonton sekurang-kurangnya dua minit daripada sesuatu filem, siri atau program khas pada 28 hari pertama ia dikeluarkan di Netflix pada 2019.

Filem komedi Murder Mystery, lakonan Jennifer Aniston dan Adam Sandler, mencapai kedudukan pertama dalam senarai itu.

Apabila filem itu dikeluarkan pada Jun tahun lalu, ia memecahkan rekod di Amerika Syarikat dengan lebih 30 juta keluarga menontonnya dalam masa 72 jam pertama ia dikeluarkan.

Di tempat kedua ialah fantasi The Witcher yang baru sahaja dikeluarkan.

Siri itu dibintangi oleh Henry Cavill dan berdasarkan siri buku.


10 PROGRAM NETFLIX PALING POPULAR DI SINGAPURA 2019:

1. Murder Mystery

2. The Witcher

3. 6 Underground

4. Isn't It Romantic

5. Street Food: Asia

6. Always Be My Maybe

7. Triple Frontier

8. The Umbrella Academy

9. Tidying Up With Marie Kondo

10. Stranger Things 3

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian