Penulis lirik Hartinah Ahmad telah menerima Anugerah Artistik Cemerlang kerana sumbangannya selama 30 tahun dalam dunia penulisan lagu.
Sementara itu, Aliff Abdullah (dari kumpulan Sleeq) menerima anugerah Lagu Pop Melayu Tempatan dan Penulis Lagu Muda 2014 - bagi penulis lagu bawah usia 35 tahun - yang menerima royalti tertinggi di Singapura.
Sleeq juga menerima Anugerah Sayap Kecemerlangan kerana pencapaian mereka di peringkat antarabangsa. Anugerah disampaikan dalam Majlis Compass 2014 di Pusat Konvensyen Resort World anjuran Persatuan Penggubah Lagu dan Penulis Lirik Singapura.
Trofi bagi anugerah ini disampaikan oleh Menteri Negara Pejabat Perdana Menteri merangkap Kementerian Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia, Encik Sam Tan.