Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Hasnul suka 'balik kampung' Singapura kerana projek dengan bakat muda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MENJELANG SYAWAL

Hasnul suka 'balik kampung' Singapura kerana projek dengan bakat muda

Lebaran biasanya masa mengenang peristiwa silam yang mencetus keinsafan. Perasaan gembira dan sedih silih berganti. Telemovie keluarga 'Suara Takbir' yang menyentuh perasaan di sebalik sisipan humornya disajikan pada malam ini. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) mewawancara pelakon utama serta pengarah bersama telemovie ini.
Jul 05, 2016 | 05:30 AM



WALAU sibuk dengan komitmen drama dan filem di seberang Tambak, pelakon asal Singapura, Hasnul Rahmat, biasanya tidak menolak pelawaan menjayakan drama atau telemovie di Singapura.



Sebabnya inilah masa beliau berpeluang berganding bahu dengan bakat baru Kota Singa termasuk kanak-kanak yang berbakat besar.



Lebih istimewa lagi jika beliau perlu membawa watak penuh emosi sempena Lebaran.



Hasnul yang merupakan teraju utama telemovie malam Raya terbitan syarikat Mediamorphosis, Suara Takbir, ditemui Gah! di Taman Bedok, baru-baru ini.



"Hampir setiap tahun ada satu dua projek di Singapura. Saya terharu bahkan teruja 'balik kampung' ke Singapura bagi menjayakan projek seperti telemovie Suara Takbir ini. Sebabnya peluang berlakon dengan ramai bakat baru dan muda.



"Peranan yang saya pegang dalam telemovie ini ialah sebagai Sulaiman, pekerja pembersihan miskin yang berumah tangga dengan anak orang kaya, yang putus hubungan dengan seorang doktor.



"Sulaiman mengalami masalah disleksia dan tidak boleh membaca atau menulis. Tetapi dia sentiasa menyorok masalahnya daripada pengetahuan ramai termasuk tiga anak lelakinya. Hanya ibu bapa dan isterinya yang tahu keadaannya. Anak bongsunya pula cacat pendengaran.



"Di sebalik kekurangannya itu, Sulaiman tetap yakin melayari kehidupan berkeluarganya. Dia tak bersekolah atau enggan melalui proses pemulihan bagi mengatasi disleksia. Berbekalkan pengalaman sebegitu, dia juga keberatan menghantar anaknya bagi sebarang terapi," cerita Hasnul.



Komunikasi keluarga dan pengorbanan menjadi teras telemovie ini.



Hasnul menarik perhatian betapa dalam dunia ini ada watak orang miskin yang ego seperti Sulaiman (kerana degil enggan mengatasi masalahnya) dan orang kaya yang tetap merendah hati seperti watak isteri Sulaiman, Yati (lakonan Siti Aishah Ahmad).



"Apa yang pastinya membuat penonton tersentuh dengan Suara Takbir ialah melihat keakraban tiga beradik ini dan bagaimana bebanan hidup dapat diringankan dengan komunikasi.



"Nama telemovie ini juga cukup simbolik. Si anak yang cacat pendengaran tidak mampu mendengar, apa lagi mengamati laungan azan. Hanya apabila memiliki alat pendengaran, barulah dia mendengar suara azan buat pertama kali.



"Suara itu juga lambang satu luahan rasa si anak yang tidak dapat mendengar, suara bapa yang enggan dibantu dengan masalah disleksia dan suara ibu yang sudah muak dengan status dan kekayaan," jelas Hasnul.



Secara tidak langsung, Suara Takbir mendidik penonton agar berfikir tentang nikmat Ramadan yang telah berlalu dan bagaimana kesulitan boleh diatasi dengan komunikasi yang sering dipandang acuh tidak acuh oleh manusia.



Sepanjang melayari kerjaya hampir dua dekad sebagai pelakon, Hasnul gemar berkarya bersama kanak-kanak sebagaimana yang dilakukannya di Malaysia menerusi telemovie Cili mengenai kanak-kanak lelaki yang lurus bendul dan optimistik.



"Setiap lelaki dewasa termasuk golongan ayah juga pernah bergelar kanak-kanak suatu ketika dahulu.



"Saya gemar mengamati semangat kanak-kanak yang tulus ikhlas dan lurus bendul. Apabila dewasa, kita dicorak dengan bermacam tanggapan dan perasaan yang mencemar ketulusan," katanya lagi.



Dalam pada itu, Hasnul juga tidak berhenti belajar bahkan rajin menghadiri kelas masterclass dalam bidang lakonan.



"Saya tak 'kan berpuas hati dengan apa yang saya tonjolkan sebagai pelakon. Banyak yang perlu diasah dan dihilangkan karatnya dalam teknik lakonan," jelasnya yang muncul dalam filem Juvana 2 dan Hanyut.



Terbaru beliau akan menjayakan filem Tombiruo (berdasarkan novel Ramlee Awang Murshid) dan filem jenayah U-Wei Haji Saari, Sax And Telephone (mengenai pemuzik jaz).



  • 'Suara Takbir' disiarkan di saluran Mediacorp Suria pada 11 malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >