Hasrat hasil buku tidak dibiar beku, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

Hasrat hasil buku tidak dibiar beku

Jun 29, 2018 | 05:30 AM

BUKAN sekali dua tapi empat kali manuskrip novel Cik Junaidah Hassan ditolak rumah penerbitan namun semangatnya untuk terus menulis dan melihat karyanya dibukukan terus menebal.

Akhirnya, manuskrip berjudul Encik Kekwat Minah Ferring berjaya menarik perhatian rumah penerbitan di seberang Tambak, BesQ Publication, dan dijadikan novel setebal 528 muka surat.

Novel itu dilancarkan di Malaysia Mei lalu dan akan dilancarkan di sini pada 22 Julai dalam acara Sesi Pelancaran Buku Bersama yang dianjurkan sempena pesta membaca, Read! Fest 2018.

Dihubungi Gah! kelmarin, Cik Junaidah, yang juga dikenali dengan nama pena June Zaidi, berkata penerbitan novel sulung itu adalah pencapaian manis baginya selepas percubaan enam tahun yang menghampakan.

"Setiap manuskrip yang saya hantarkan tebalnya antara 400 dengan 500 muka surat.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Biasanya selepas manuskrip ditolak, ramai yang akan putus asa. Tapi saya jenis orang yang selagi saya tak dapat, selagi itu saya nak cuba. Saya teruskan sampai saya berjaya," kata Cik Junaidah, 35 tahun.

Ibu dua anak berusia 12 dan empat tahun itu berkata perjalanannya bergelar novelis berlaku secara tidak sengaja kerana beliau bukannya bercita-cita menjadi penulis.

Sebagai cucu Allahyarham Muhammad Salleh Mahmud (Teruna Malaya), yang merupakan antara anggota perintis Angkatan Sasterawan '50 (Asas '50), minat Cik Junaidah terhadap sastera Melayu berputik sejak kecil.

Semasa di sekolah rendah, guru Bahasa Melayu memuji karangannya dan berkata beliau mempunyai bakat sebagai penulis.

Di sekolah menengah, cikgunya meramalkan beliau akan menjadi guru Bahasa Melayu kelak.

Tidak mengambil serius ramalan gurunya, Cik Junaidah bekerja dalam bidang logistik maritim dan khidmat pelanggan, serta melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang pengurusan perniagaan antarabangsa.

Pada masa sama, beliau terus berkarya dengan menulis esei, cerpen dan sajak untuk disimpan dalam koleksi peribadi.

Semasa mengikuti program ijazahnya pada 2009, Cik Junaidah melepaskan stres dengan menulis novel di bahagian 'nota' di laman Facebooknya.

Beliau tidak sangka yang tulisannya itu menarik segelintir pengikut yang sering menunggu perkembangan ceritanya.

"Saya tulis dalam satu atau dua bab sahaja dan apabila saya berhenti menulis, beberapa pembaca menghantar mesej peribadi kepada saya dan bertanya bila saya akan sambung menulis," kata suri rumah itu.

Cik Junaidah kemudian beralih ke aplikasi Wattpad, laman rangkaian sosial bagi pembaca dan penulis menerbitkan karya tulisan mereka.

Di wadah itu, beliau mendapati pembaca karyanya mencecah 100,000 dan menjangkau sejauh Brunei, Indonesia dan Belanda.

"Saya mendapat ilham menggunakan Wattpad untuk melihat sama ada terdapat nilai komersil pada karya saya. Saya muat naik beberapa bab pertama novel saya dan apabila saya lihat ada maklum balas dan penerimaan yang baik daripada pembaca di Wattpad, saya hantar manuskrip saya ke rumah penerbitan di seberang," katanya.

Menurut Cik Junaidah, novel Encik Kekwat Minah Ferring ditulis tahun lalu dan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

Ia mengenai 'Minah Ferring' iaitu istilah asal Singapura bagi wanita bertudung sementara 'Encik Kekwat' pula merujuk kepada istilah asal Malaysia bagi lelaki yang berlagak dan sombong.

Watak 'Minah Ferring', Estee Ilyana, adalah anak usahawan ternama dan berkelulusan ijazah sarjana muda kelas pertama, yang mahu mula bekerja dari peringkat bawah sebagai pembantu pejabat dan pembersih.

Beliau bekerja di firma hartanah 'Encik Kekwat', Zayne Effendy Wilden, lelaki yang awal dari itu duduk di sebelahnya dalam penerbangan dari London ke Kuala Lumpur.

Semasa dalam penerbangan itu, si 'Minah Ferring' termuntah di atas kasut kulit mahal si 'Encik Kekwat'.

"Walaupun ia sebuah novel popular dan jenis cerita yang santai, saya terapkan nilai positif seperti pentingnya mempunyai pegangan hidup sendiri, tidak pandang rendah dan tidak pernah putus asa," kata Cik Junaidah.

Beliau kini dalam proses menulis dua lagi manuskrip - satu bergenre cinta dan satu lagi bergenre aksi.

Manuskrip yang ditolak pula berkemungkinan besar akan diolah semula kerana setiap cerita ada golongan pengikut tertentu, kata Cik Junaidah.


"Setiap manuskrip yang saya hantarkan tebalnya antara 400 dengan 500 muka surat. Biasanya selepas manuskrip ditolak, ramai yang akan putus asa. Tapi saya jenis orang yang selagi saya tak dapat, selagi itu saya nak cuba. Saya teruskan sampai saya berjaya.
- Novelis, Cik Junaidah Hassan, menyingkap semangat juangnya meskipun empat manuskrip novel beliau ditolak rumah penerbitan sebelum ini.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map