SEBELUM menyertai peraduan realiti dangdut serantau, D'Academy Asia (DAA), suri rumah setempat, Henny Hanip, tidak sangka beliau mampu menghiburkan ramai di pentas besar dan disaksikan penonton dari serata Asia.
Ternyata kedudukannya sebagai '10 Peserta Terbaik' program popular musim pertama itu memberi wanita berusia 38 tahun itu keyakinan bagi merakam single pertamanya, Rapuh, baru-baru ini.