Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Heroku tidak lagi remaja...

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Heroku tidak lagi remaja...

Oct 07, 2017 | 05:30 AM



Satu pertandingan kini sedang berlangsung bagi mencari ikon lelaki muda yang bakal menyerikan rancangan televisyen pada masa depan. Namun, pertandingan 'Hero Remaja' itu sebenarnya bermula pada 1990 dan telah melahirkan ramai artis terkenal seperti Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Esma Daniel. Ketahui siapakah personaliti televisyen yang pernah menyertai pertandingan ini.



RANCANGAN pencarian ikon lelaki muda di Malaysia, Hero Remaja, sedang berlangsung sekarang.



Program tersebut dijangka melahirkan artis terkenal yang layak bergelar 'Hero Malaya' pada akhirnya.



Diacarakan personaliti Scha Alyahya, Hero Remaja kali ini menampilkan 20 peserta peringkat akhir daripada pelbagai latar belakang.



Antaranya ialah pegawai polis, penggiat teater, pemilik butik dan pemandu GrabCar.



Episod pertama telah disiarkan pada 14 September lalu di saluran Astro Ria. Rancangan disiarkan setiap Khamis, 9 malam.



Namun, tahukah anda bahawa pertandingan anjuran kumpulan media Karangkraf itu sebenarnya sudah wujud sejak 1990 lagi? Kali ini ialah edisi kesembilan, menurut laman Hero Remaja.



Antara peserta yang menarik perhatian ialah finalis Harris Annuar, 24 tahun.



Menurut laman Astro Gempak, pemegang ijazah sarjana muda bidang seni bina dengan kepujian itu memutuskan mahu menjadi selebriti.



Ibunya pengasas Pravenus Beauty, Zaiton Hassan, yang lebih dikenali sebagai Kak Ton di Malaysia.



Sekiranya gagal, Harris akan kembali ke bidang seni bina dan menjadikan hiburan sebagai kerja sampingan.



Saban waktu, Hero Remaja berjaya melahirkan ramai personaliti terkenal. Siapakah mereka?



Ikuti senarai selebriti yang pernah mendapat gelaran Hero Remaja.



1) Esma Daniel (Juara 1990/1991)



Meskipun beliau pemenang edisi pertama Hero Remaja, pelakon yang dilahirkan pada 16 Januari 1969 di Ipoh, Perak, itu masih popular.



Menurut laman Sinar Online, peluangnya dalam bidang peragaan semakin banyak sehingga menjadi pilihan pelbagai jenama popular selepas menjuarai pertandingan tersebut.



Selain menjadi peragawan dan pelakon, Esma, atau nama sebenarnya Esma Danial Md Isa, pernah menjadi pengarah misalnya bagi kisah Zaiton: Ceritaku.



2) Norman Hakim (Juara 1993/1994)



Pelakon asal Kuantan, Pahang, itu pernah berkongsi hidup dengan pelakon dan penyanyi Abby Abadi dan mempunyai tiga anak bersama.



Mereka bercerai pada 2008.



Norman, atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011.



Meskipun jarang muncul di kaca televisyen sekarang, Norman dan Memey dilantik duta minuman kesihatan Ephyra dan syarikat pengurusan perkahwinan Mahligai Impian.



3) Ashraf Sinclair (Juara 1997)



Pelakon berdarah kacukan Inggeris dan Melayu itu dikenali dengan watak Eddy dalam siri drama dan filem Gol & Gincu.



Beliau berkahwin dengan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari, pada 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniai anak lelaki, Noah.



4) Kamal Adli (Juara 2007/2008)



Pelakon Kamal Adli baru-baru ini mengakui sudah bersedia menikahi jelitawan Emma Maembong, menurut laman Astro Gempak.



Kamal juga membintangi Duda Pujaan Dara, yang meraih sambutan memberangsangkan.



5) Fattah Amin (Juara 2011/2012)



Bintang Suri Hati Mr Pilot itu membuat sesetengah penonton sukar 'move on' walaupun drama bersiri itu sudah lama berakhir.



Beliau yang kini menjalani penggambaran drama padanan siri popular Korea Coffee Prince itu juga digosipkan dengan beberapa artis wanita cantik sebelum ini, termasuk Neelofa dan Fazura.



6) Syafiq Kyle (Naib juara 2011/2012)



Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Suamiku Paling Sweet itu berkata drama 'berhantu'nya Mencintaimu Mr Photographer telah banyak membantu menaikkan namanya dalam industri hiburan.



Bakat Syafiq, atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, mula dicungkil melalui Hero Remaja.



Beliau turut membintangi drama Dekatkan Jarak Kita bersama pelakon dan penyanyi Ayda Jebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >