SUDAH lama tidak kelihatan empat penyanyi malar segar ini berdendang bersama di pentas bagi menghiburkan peminat.
Namun, Sabtu lalu, Junainah M. Amin, Maria Bachok, Sanisah Huri dan Kamaliah Latiff muncul berempat di satu majlis perkahwinan di The Vine Ballroom, Metropolitan YMCA, bagi menghiburkan tetamu yang merindui kehadiran mereka.