Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Hiburan0

5 Azam 2020...

Dec 29, 2019 | 05:30 AM

Kedatangan tahun baru 2020 dinanti-nantikan bakat tempatan yang memperjuangkan bidang seni atas dasar cinta menghiburkan orang ramai mahupun memupuk kesedaran bersama tentang isu sosial. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) mendapatkan pandangan beberapa bakat Singapura mengenai lima perkara yang ingin mereka capai tahun depan.

KE ARAH KEHIDUPAN SIHAT DAN KREATIF

Pertama sekali, saya berharap dapat memikirkan konsep projek fesyen, seni, media dan bahasa lebih segar dan menarik pada 2020. Selain itu, saya ingin usahakan kembara jalanan yang membuka mata dengan suami Adi Yadoni dan anak kami, Mika. Kami memang sering mengembara tetapi tidak pernah pula memandu dari satu negeri ke negeri lain. Mudah-mudahan juga, saya dapat mengendalikan bengkel bahasa Melayu lebih kreatif yang membawa anak-anak keluar dari zon selesa mereka demi mencintai bahasa Melayu. Kerana kesihatan itu mustahak, saya juga ingin lebih banyakkan kegiatan berbentuk senaman dan kecergasan - berenang, yoga dan 'hiking' bersama keluarga dan kawan-kawan. Akhir sekali, saya ingin masak sajian berupa resipi sihat yang boleh disiapkan segera iaitu kurang dari 10 minit!
- PELAKON, PENERBIT, USAHAWAN FESYEN DAN PENGENDALI BENGKEL KREATIF BAHASA MELAYU, WAHYU RAHMAN.


USAHAKAN KERJA AMAL DAN KEMBARA

Pertama sekali, saya ingin menyumbang semula kepada masyarakat, baik dengan melakukan kerja amal menerusi kemahiran lakonan. Ingin sekali saya gunakan bakat saya demi mencetus inspirasi buat ramai generasi muda. Saya berharap dapat luangkan lebih masa bersama keluarga. Seronok bukan kalau tahun 2020 juga membuka pintu rezeki bagi saya mengembara di luar negara. Tahun 2019 memang membosankan sebab langsung tiada peluang berliburan di luar negara! Saya juga mengharapkan persahabatan saya dengan teman-teman dalam kumpulan #djujettes akan menjadi lebih kukuh dan buat selama-lamanya. Saya juga kepingin terlibat dalam satu lagi pementasan teater pada 2020. Ada sesiapa nak tawarkan watak teater buat saya?
- PELAKON DAN PENGACARA, FARHANA M. NOOR.


MISI BAHASA DAN PROJEK KERJASAMA

Impian saya adalah merakam muzik terbaru dan video muzik dengan konsep lebih segar dan menyeronokkan! Saya akan mengeluarkan 'single' terbaru pada Februari 2020. Saya juga akan bekerjasama secara rasmi dengan rakan-rakan dalam Anugerah, Fauzie Laily dan Syed Azmir dalam projek sampingan kami, ANBS. Projek trio ini adalah lanjutan daripada beberapa persembahan kami bermula Januari 2020 di kapal persiaran Dream Cruise, pesta muzik Melayu StereoFest dan rancangan ulang tahun Suria ke-20, Suria Elektra. Saya juga ingin mengembangkan usaha menghasilkan platform berkongsi ilmu dalam seni persembahan, pertuturan dan meningkatkan keyakinan diri dalam bahasa Melayu menerusi program pengayaan yang dikendalikan syarikat saya sendiri, HYR Ground. Di samping itu, saya ingin asah kembali bakat lakonan dan pengacaraan. Kalau dapat mengacara travelog pun 'best' bukan? Saya pun suka meneroka tempat-tempat baru dan membuat ulasan secara spontan. Akhir sekali, saya berharap dapat merakam lagu hasil ciptaan pencipta lagu hebat masa kini, Haqiem Rusli atau Hael Husaini. Boleh tak?
- PENYANYI DAN PENGENDALI PROGRAM PENGAYAAN BAHASA MELAYU, HYRUL ANUAR.


" TAHUN CUBA PERKARA BARU

Saya berharap lebih banyak kerjasama dengan artis setempat dan serantau dapat diusahakan pada 2020, baik bagi rakaman lagu atau persembahan 'gig'. Impian saya juga adalah berkunjung ke Jepun yang sentiasa diagung-agungkan pengembara. Tak pernah ke sana tetapi selalu dengar tentang kecantikannya. Saya pun ingin memulakan perniagaan, mungkin bisnes pakaian atau makanan. Bagi ketenangan jiwa, saya harap 2020 adalah tahun di mana saya lupakan segala perselisihan faham silam dan kembali menjalin silaturrahim dengan teman dan saudara-mara yang sudah terputus hubungannya. Akhir sekali, saya ingin sekali menerima tawaran berlakon.
- PENYANYI FARHAN SHAH.


" BANGKIT SEMANGAT DALAM NYANYIAN DAN BINA BADAN

Saya ingin meraih lebih banyak pengalaman dan mengumpul pingat bagi sukan bina badan. Saya juga ingin mengembara ke negara-negara yang tidak pernah dikunjungi. Tahun 2020 adalah pembangkit semangat bagi saya kembali aktif dalam bidang muzik di Singapura dan Malaysia. Saya juga berharap dapat merebut lebih banyak peluang dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Akhir sekali, saya ingin merakam 'single' baru tahun depan.
- PENYANYI DAN PENGGIAT BINA BADAN, JUFFRI ALUI. "


KETENGAH BAKAT DAN BANGUN JENAMA SERULING

Fatin berharap lagu-lagu Fatin akan berkumandang di corong radio Malaysia supaya lebih dikenali di sana. Pada masa yang sama, Fatin juga berharap ramai akan lebih mengenali dan menghayati kerja seni Fatin dan memberi dorongan pada bakat yang ada pada diri ini. 2020 juga adalah tahun di mana Fatin ingin memperhalusi seni tiupan seruling Fatin agar lebih merdu lagi. Impian Fatin juga adalah menghasilkan jenama seruling 'SerulingLady' agar ia dapat menjadi satu inspirasi buat gadis-gadis di luar sana agar mempunyai minat meniup seruling. Akhir sekali, Fatin berharap bakat-bakat baru di Singapura akan diberi lebih peluang dan pelantar bagi kami mengetengahkan bakat yang dimiliki.
- PENYANYI DAN PENIUP SERULING, FATIN SERULINGLADY .

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian