SEBAGAI usaha menyambut kelahiran divisyen penyiaran Melayu baru MediaCorp, satu acara hiburan, Viva Elektra, akan diadakan malam ini di saluran Suria.
Divisyen terbaru yang menggabungkan kandungan rentas media termasuk radio, televisyen dan platform dalam talian itu bertujuan membawa program televisyen ke pentas radio dan personaliti radio pula muncul di kaca televisyen.