Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Adi Putra sah bernikah lagi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Adi Putra sah bernikah lagi

Jul 25, 2016 | 04:47 PM



SEGALA spekulasi menyelubungi kontroversi perkahwinan kedua pelakon Adi Putra terjawab di satu sidang media di Kuala Lumpur pada petang tadi.



Pelakon drama popular Cinta Si Wedding Planner itu memberi pengesahan bahawa beliau telah bernikah buat kali kedua dan gambar beliau menjalani upacara akad nikah yang tersebar di media sosial pada 16 Julai lalu adalah benar.



Lantaran itu, Adi Mohamed Hadi Putera, 35 tahun, telah menjelaskan segala persoalan, pertanyaan dan andaian ramai tentang status perkahwinan beliau.



"Jadi, apa yang tersebar, perkara itu ialah perkara benar. Ada tanya kenapa saya diam diri, larikan diri.



"Saya nafikan sebab saya harus lakukan tanggung jawab saya, membawa keluarga saya ke luar negeri," kata Adi yang tampil tenang apabila berdepan dengan pihak media di seberang Tambak di restoran Casa Ombak sekitar tiga petang semalam .



Beliau menambah bahawa beliau telah bernikah dengan isteri keduanya pada 20 Jun lalu di kediaman rumah isterinya.



Namun, beliau tidak mendedahkan nama isteri atau pekerjaan isteri keduanya itu.



"Bagi saya, semua orang tahu isteri saya pekerjaan apa tapi dari saya sendiri..kalau saya tampil ke depan sebagai ketua keluarga, biar saya kongsi dari diri saya sebab masyarakat nak tahu, adakah benda yang tersebar ini, iya atau tidak," kata Adi.



Sidang media tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi laman media sosial Facebook rasmi Adi Putra.



Dalam sidang media itu, Adi turut berkongsi bahawa beliau telah mengenali isteri keduanya selama tempoh tujuh hingga lapan bulan, manakala beliau telah berkenalan dengan isteri pertamanya, Aida Yusof selama tempoh enam bulan.



Pada 17 Julai lalu, Utusan Malaysia menyiarkan foto Adi bernikah dengan ibu tunggal beranak satu, Cik Norshahida Zolkafly, 33 tahun, dalam majlis tertutup Ramadan lalu.



Cik Norshahida, pegawai korporat sebuah agensi kerajaan, dikatakan merupakan rakan niaganya juga.



Adi, bagaimanapun, menjelaskan di sidang media itu bahawa isteri keduanya bukan rakan perniaagaan.



Beliau turut mengulas tentang andaian bahawa beliau telah bernikah buat kali kedua kerana inginkan zuriat tidak benar.



Adi telah bernikah dengan isteri pertamanya, Cik Aida Yusof, 41 tahun, pada April 2006.



Mereka tidak mempunyai anak kandung tetapi telah mengambil seorang anak angkat perempuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >