MELONTAR suara emas di pentas tanpa menyuntik daya kreatif dan unsur kejutan pada setiap persembahan tidak mencukupi pada peringkat akhir.
Lebih daripada itu, enam peserta konsert akhir rancangan realiti Astro Gegar Vaganza 4 (GV4) perlu bekerja keras dan beri segenap jiwa raga di medan pertandingan bermula di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Ahad ini.