JIKA tidak kerana dorongan abang dan kakak iparnya, tentunya Nurdalila Mohamed Yusof akan hanya memendam bakat muzik dan menyanyi yang dimiliki buat pendengaran atau tatapan keluarga dan teman terdekat.
Apabila si abang, Fakhrul Arifin, 32 tahun, mengundurkan diri daripada menyertai sesi uji bakat program realiti Astro, Akademi Fantasia (AF) 2015 di Johor Bahru, Nurdalila, 23 tahun, meneruskan perjuangan itu hinggalah dipilih ke konsert penentuan, bulan lalu.