KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 36 tahun, hamil dua bulan, lapor akhbar Utusan Malaysia yag memetik satu sumber pada Jumaat (13 Nov).
Jika semuanya berjalan dengan baik, beliau dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai tahun depan, menurut sumber itu.
"Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu," uja sumber tersebut kepada akhba itu.
Menurutnya seluruh keluarga terdekat Siti mengetahui tentang kehamilannya beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid, pada 1 November lalu.
"Jika dilihat pada kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid, tidak mengiyakan berita kehamilan itu. Bagaimanapun pada sama, mereka tidak membuat 'penafian' Siti sudah hamil.
"Tindakan itu bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya atau menyembunyikan berita baik itu. Tetapi, dalam usia kandungan masih terlalu awal, jadi eloklah tidak terlalu didedahkan," tambahnya.