MEREKA pernah menganggotai sebuah band sekitar tiga dekad lalu. Waktu itu, mereka rakan sedarjah yang menuntut di Sekolah Menengah Bedok North.
Hari ini, Arif Budiman Abdul Rahman, Mohd Remi Md Hamdi dan Nur Shahid Tohid sekali lagi menggabungkan bakat mereka dalam bidang muzik dengan menubuhkan band baru, All About Bob.