SETELAH sekian lama, pasangan selebriti Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah akhirnya menunaikan janji ingin berkongsi wajah anak sulung mereka.
Wajah comel puteri bernama Harum Dalia telah dikongsi menerusi akaun Instagram Azwan, yang nama sebenarnya Mohd Azwan Al Kombos, 33 tahun, Ahad lalu. Waktu itu, Ezzaty sudah berpantang 46 hari.