Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Bekas bapa tiri akan tetap saman Sufi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Bekas bapa tiri akan tetap saman Sufi

Oct 15, 2015 | 10:06 AM



KUALA LUMPUR: Bekas bapa tiri juara Akademi Fantasia (AF) 2015, Sufi, 24 tahun, akan tetap memfailkan saman malu terhadap penyanyi itu berkaitan dengan tuduhan gangguan seksual.


Muhammad Arif Dollah, 30 tahun, dalam kenyataan yang disiarkan Harian Metro semalam berkata, tindakan Sufi campur tangan dalam kes dakwaan gangguan seksual membabitkan dirinya dan penyanyi remaja Indonesia, Tegar Septian, 14 tahun, yang mendapat liputan meluas sebelum ini menjejaskan reputasi dirinya.


"Kes itu sebenarnya membabitkan saya dan Tegar saja, tetapi Sufi campur tangan kononnya untuk mempertahankan Tegar," katanya ketika dihubungi di Singapura, semalam.


Sufi yang nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid, dalam satu sidang media pada Mac lalu, telah mendedahkan dirinya juga pernah dicabul oleh Arif.


Sehubungan itu, Arif akan mengadakan sidang media di sini dalam masa terdekat ini berhubung perkara berkenaan.


Kes gangguan seksual yang didakwa dilakukan Arif terhadap Tegar digugurkan pada 18 September lalu kerana tiada bukti kukuh.


Sufi telah mencipta sejarah tersendiri dalam AF apabila diumumkan sebagai peserta pertama daripada Singapura yang dinobat sebagai juara pada 11 Oktober lalu.


Konsert akhir yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menyaksikan dia membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, trofi sumbangan astro serta pakej pelancongan ke Dubai.


Sufi turut mendendangkan dua buah lagu berjudul Andai Ku Bercinta Lagi dan sebuah lagu ciptaan penuh olehnya yang bertajuk Kisah Dua Muka. - Harian Metro, Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >