Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Deepika Padukone dedah pernah alami masalah kemurungan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Deepika Padukone dedah pernah alami masalah kemurungan

Mar 05, 2018 | 05:30 AM



SATU laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mendedahkan sekitar 56 juta warga India mengalami kemurungan sedang lagi 36 juta mengalami masalah rasa cemas.



Malah, industri hiburan juga tidak terlepas daripada masalah itu, seperti aktor terkenal Robin Williams yang dikatakan turut mengalami masalah mental sehingga sanggup membunuh diri.



Baru-baru ini, pelakon Bollywood pula, Deepika Padukone, pula berkongsi tentang masalah kemurungan yang dihidapinya.



Padahal beliau yang berusia 32 tahun antara pelakon hebat Bollywood.



Laman timesnownews menyatakan bahawa wajah majalah Vogue bagi keluaran bulan lalu itu berkongsi tentang masalah mindanya yang terjejas pada satu ketika.



"Atas beberapa sebab, terdapat stigma yang terkait dengan penyakit mental, dan atas sebab itulah orang ramai memilih untuk tidak berbincang mengenainya.



"Tapi ada beberapa sebab mengapa saya pilih untuk bercakap mengenainya.



"Satu, kerana ia mengubah kehidupan saya dalam banyak cara.



"Ia merupakan pengalaman paling sukar yang pernah dilalui saya.



"Tapi ia juga mengajar saya tentang diri saya sendiri dan tentang kehidupan... sebahagian besarnya saya tidak dapat menangani masalah itu ialah kerana saya tidak berkongsi tentangnya.



"Kalau saya demam, mudah buat saya berkongsi dengan sesiapa.



"Tapi dengan masalah ini, sukar buat saya luahkan perasaan," ujarnya.



Menurut Padukone, apabila timbul masalah itu, beliau akan beritahu mereka yang dirinya tidak sihat sahaja.



"Jadi apabila saya lebih sihat, perkara pertama yang saya lakukan ialah menarik nafas lega.



"Masalah itu dapat saya atasi, lalu saya beritahu mereka yang saya pernah laluinya dan ada cara untuk atasinya," kata beliau.



Malah beliau tidak pernah berasa malu apabila ada individu yang memandangnya sebagai bekas pesakit yang pernah hidap kemurungan dan beliau juga berasa dirinya tidak lagi terkongkong.



Malah semasa pelancaran filem terbarunya, Padmaavat, Padukone tidak mengelak apabila jurugambar memetik fotonya sedang beliau berjalan bersama pasangannya, Ranveer Singh.



"Saya sebenarnya tidak pernah memberi reaksi kepada berita angin, sesuatu yang negatif atau menjadi perhatian media.



"Bagi saya, tiada masalah sekiranya orang lain memandang saya dengan pandangan berlainan sedikit.



"Lagi pun setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri," tambahnya.



Malah, berdasarkan pengalamannya itu, Padukone telah memulakan satu pertubuhan bukan keuntungannya sendiri, Yayasan Menerusi Kehidupan Cinta Ketawa, sebagai satu cara membincangkan kesihatan mental secara terbuka.



Dalam kerjayanya, Padukone kini sedang sibuk dengan projek terbarunya, yang diarah Vishal Bhardwaj, yang belum lagi diberi tajuk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >