Dua penyanyi S'pura di pentas AF

Sufie dan Nurdalila sahut cabaran ketengah suara emas

JIKA dua tahun lalu, Aisyah Aziz dan Kamsani Jumahat menggagahkan diri di pentas Akademi Fantasia (AF), kini dua lagi warga Singapura terpilih bagi peraduan adu bakat realiti Astro itu.

Naib juara SG Mania, Sufie Rashid, 24 tahun, dan guru muzik lulusan Maktab Seni Lasalle, Nurdalila Mohamed Yusof, 23 tahun, adalah antara 16 peserta AF2015 yang diperkenalkan di sidang akhbar yang berlangsung di Bandar Utama kelmarin.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto