Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Ed Sheeran akan berada di SG lagi - melancong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ed Sheeran akan berada di SG lagi - melancong

Penyanyi Britain baru rehat dan ziarah tempat yang pernah dikunjunginya buat persembahan
Dec 30, 2019 | 05:30 AM



PENYANYI Ed Sheeran bakal membuat kemunculan semula di Singapura tahun ini.



Namun, kali ini Ed akan mengunjungi Singapura untuk tujuan melancong.



Menurut satu pos dalam talian, penyanyi dari Britain yang berumur 28 tahun itu menyatakan bahawa beliau mahu berehat buat masa ini.



"Saya mahu menggunakan masa ini untuk menjelajahi dunia."



Selepas lawatan global Divide, Ed meluahkan keinginan mempertingkat pengetahuannya tentang tempat-tempat yang pernah dikunjunginya, termasuk Singapura.



"Sejak 2017, saya tidak berhenti-henti membuat persembahan di serata dunia.



"Saya perlukan masa ini untuk berehat."



Ed menambah bahawa beliau mahu meluangkan lebih banyak masa untuk melancong, membaca dan menulis.



Keputusan itu sejajar dengan ucapannya pada 2015, apabila Ed meluahkan keinginan berhenti menggunakan wadah media sosial.



Menurut pemenang dekad bagi artis-artis Britain itu, Ed berasa serik mengenai penggunaan peribadinya di wadah tersebut.



"Saya harus mengalami kehidupan ini secara nyata dan tidak terlalu taksub menggunakan media sosial," ujarnya.



Untuk membuktikan kesungguhnya, Ed mengubah gambar profilnya di Instagram kepada gambar yang memaparkan akronim 'BRB'.



Baginya, akronim hitam putih yang memberi maksud 'be right back' (akan kembali) itu selaras dengan kemahuannya berehat seketika.



Di samping itu, Ed menyampaikan ucapan penghargaan kepada keluarga, rakan serta peminatnya di seluruh sedunia.



Ed turut menyatakan bahawa beliau akan kembali dengan muzik baru selepas tempoh rehat itu.



Pada Ed, beliau harus mengambil masa ini untuk mencari sumber inspirasi bagi lagu-lagu yang bakal digubahnya.



"Saya harus mengalami kehidupan demi mendapatkan ilham untuk menggubah lagu."



Bagaimanapun, Ed berasa bertuah bagi sokongan yang diberikan oleh peminatnya hingga kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >