Fathin Amira kuasai Tagalog, pikat penonton Filipina di pentas 'I Love OPM'
Mar 17, 2016 | 05:30 AM
KEKECEWAAN adalah asam garam kehidupan yang tidak sewajarnya menjadi hambatan.
Apabila perjalanan penyanyi berbakat, Fathin Amira Zubir, 24 tahun, terhenti di peringkat separuh akhir peraduan realiti serantau Asia's Got Talent pada tahun lalu, beliau teringat pesanan ayahnya, Zubir Abdullah: