MEREKA pernah berduet dalam single Begitulah Cinta pada tahun 2000 tetapi jarang dapat bertemu untuk membuat persembahan bersama kerana menetap di negara berbeza.
Siapa sangka 13 tahun kemudian, penyanyi Datuk Sheila Majid dan Harvey Malaiholo dapat berkongsi pentas mempersembahkan lagu duet tersebut di hadapan peminat setia mereka di Dewan Konsert Esplanade, ada yang datang sejauh Dubai!