TERSENYUM lebar Alif Putra apabila dipuji pemain gitar legenda antarabangsa, Steve Vai, tentang bakatnya menggentel gitar elektrik.
Alif, yang pernah memenangi Anugerah Pemain Muzik Terbaik semasa mengambil bahagian dalam Anugerah Band 2008 bersama-sama bandnya, Putra, tidak pernah menyangka seumur hidupnya bahawa beliau dapat bertemu apatah lagi jamming bersama Vai yang merupakan pemain gitar, penerbit dan penulis lirik terkenal asal Amerika Syarikat.