SUDAH hampir tiga minggu suaranya berkumandang di udara menerusi gelombang 94.2 FM, stesen radio Warna, sedangkan sebelum ini beliau merupakan salah seorang daripada penyiar awal yang berkhidmat di stesen radio Ria 89.7FM.
Malah, sepanjang kerjayanya di radio yang telah berlangsung selama 23 tahun, Hafeez Harun atau nama pentasnya Hafeez Glamor setia bertugas di radio Ria.