Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Hajat sambut ulang tahun tidak kesampaian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Hajat sambut ulang tahun tidak kesampaian

Sep 26, 2018 | 05:25 PM



KUALA LUMPUR: Hajat komposer Datuk Suhaimi Mohd. Zain, yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah, menyambut ulang tahun ke-60 bersama keluarga tidak kesampaian selepas beliau meninggal dunia sehari sebelumnya.



Anak sulung Allahyarham, Siti Syafrina, 32 tahun, mendedahkan bapanya buat pertama kali mengatur sambutan ulang tahun yang jatuh pada hari ini (26 September).




Menurutnya dalam laporan Utusan Online, sebelum ini, Allahyarham langsung tidak pernah merancang menyambut ulang tahunnya.




“Tetapi kali ini, beliau yang beriya-iya merencanakan segala-galanya sejak dari mula. Percutian kami sekeluarga empat beranak dengan seorang sepupu ke Batam juga beliau yang aturkan.




“Kami hanya ikut sahaja perancangan yang dibuatnya. Jumaat lalu, sebaik tiba di hotel penginapan di Tanjung Pinang, kami berehat seketika sementara menunggu waktu makan malam.




“Bagaimanapun, arwah mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke sebuah hospital yang terletak berhampiran hotel,” kongsinya menceritakan situasi sebenar.




Beliau menambah, selepas lima hari dirawat dan tidak sedarkan diri, doktor memberitahu keadaan Pak Ngah semakin lemah disebabkan penyakit paru-paru berair selain menghidapi komplikasi jantung.




“Sejak kebelakangan ini, arwah memang kerap mengadu sakit dada dan selepas beberapa ketika, beliau kembali stabil. Arwah juga menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi,” ujarnya.




Jenazah Allahyarham tiba di pekarangan Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 3.10 petang dan disambut penuh hiba oleh kira-kira 500 ahli keluarga, sahabat-handai, rakan artis, warga seni dan orang awam.




Selesai disembahyangkan, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang dan disemadikan bersebelahan pusara kedua-dua ibu bapanya selepas solat asar.



Adik Allahyarham, Norzita Mohd. Zain, berkata sebelum Allahyarham ke Batam, beliau berpesan kepada ahli keluarga di Kuala Lumpur, terutama adik-beradiknya, agar menyambut kepulangannya dan meraikan hari lahir di kediamannya di Setapak.




“Tetapi tak sangka kata-kata akhir itu membawa maksud menyambut kepulangan jenazahnya,” kata Norzita.




Antara selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Datuk Ramli MS, Datuk Nassier Wahab, Datuk M. Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Azmeer, Edrie Hashim, Syura Badron, Dr. Norzizi Zulkifli, Che Kem, Liza Abdullah, Salwa Abdul Rahman, Hazra Dollah dan Azizul Haqim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >