SEHARI suntuk pelakon Nora Danish dan Farid Kamil melayan kerenah pihak media seberang Tambak semasa sesi sidang akhbar baru-baru ini bagi mempromosikan filem terbaru gandingan mereka berdua, Pengantin Malam.
Tup, tup apa yang heboh disiarkan dan diperkatakan pada hari-hari berikutnya bukanlah mengenai filem terbitan MiG itu. Sebaliknya, kecoh orang memperkatakan komen pedas pelakon Diana Danielle, isteri Farid, terhadap Nora. Ia gara-gara gambar Nora bersama Farid yang dimuat naik ke laman sosial Instagram.