Dulu penghibur, kini tanggung derita
Jamilah Yusop alami rosak ginjal, anak buta tahap pertama
Jul 05, 2015 | 05:30 AM
TAHUN lalu, sehari sebelum Hari Raya, mantan penerbit radio, Jamilah Yusop, sudah menyiapkan semua rempah untuk anak perempuannya, Nurul Huda Jamaludin, 28 tahun, memasaknya.
Namun, tahun ini keadaannya berbeza - semua makanan akan ditempah sahaja. Bahkan Syawal yang bakal menjelang ini akan disambut ala kadar sahaja.