BAHANG kehangatan Akademi Fantasia (AF) tahun ini nampaknya bukan hanya pada persaingan antara peserta, bahkan turut membakar juri dan tenaga pengajarnya.
Terbaru, salah seorang anggota juri tetap Rozita Che Wan yang mesra dengan panggilan Che Ta mengambil keputusan keluar daripada rancangan itu kerana tidak dapat menerima "herdikan" pengetua AF, Edry Abdul Halim.