Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Komposer Pak Ngah Suhaimi Meninggal Dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Komposer Pak Ngah Suhaimi Meninggal Dunia

Sep 25, 2018 | 05:28 PM



PETALING JAYA: Komposer lagu irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd. Zain yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah, meninggal dunia di Batam, Indonesia kira-kira pukul 3 petang hari ini (25 September).



Berita itu disahkan oleh ahli keluarga Allahyarham yang minta tidak disiarkan namanya.



Komposer berusia 60 tahun itu dikatakan rebah secara tiba-tiba.



Beliau bersama isterinya, Datin Sharifah Muhani, dan seorang anak mereka pergi ke Batam atas urusan kerja.



Keluarga Allahyarham kini dalam proses membawa jenazah pulang ke Malaysia bagi urusan pengebumian.



Menurut laman mStar, Allahyarham menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.



Dalam dunia hiburan, nama Pak Ngah tidak asing lagi terutama dalam penciptaan lagu-lagu irama Malaysia.



Dalam Anugerah Juara Lagu 1999, tiga lagunya, Hati Kama, Samrah Mentari dan Dondang Dendang, dicalonkan dalam kategori  Irama Malaysia dengan lagu Hati Kama muncul sebagai juara kategori itu.



Nama Pak Ngah terus mekar selepas menerbitkan album 'Ala Dondang' nyanyian Noraniza Idris pada tahun 1997.



Dua tahun kemudian Pak Ngah terus meraih populariti selepas menerbitkan album Cindai nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.



Album itu mendapat pengiktirafan lima platinum pada tahun 2000 atas penjualan melebihi 250,000 unit.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >