Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Konsert Tiga Suara tampilkan Jamal, Ameng, Zamani

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Konsert Tiga Suara tampilkan Jamal, Ameng, Zamani

Jun 29, 2016 | 05:30 AM



MEREKA dianggap sebagai antara vokalis terbaik di negara jiran dengan masing-masing mempunyai peminat yang begitu ramai.



Dato' Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Ameng Spring juga mempunyai sejarah serupa - ketiga-tiganya pernah menghabiskan masa di pusat pemulihan kerana kesalahan dadah.



Namun, apa pun sejarah hitam yang mereka lalui, ketiga-tiga penyanyi ini tetap mempunyai sokongan kuat peminat setelah kembali kepada masyarakat.



Tentu menjadi perkara yang dinanti-nantikan peminat mereka apabila mereka berkongsi pentas dalam sebuah konsert yang diberi nama Tiga Suara.



Konsert dianjurkan syarikat Jamal, Binjamal Events Sdn Bhd, itu akan berlangsung di Istana Budaya selama empat malam berturut-turut mulai 22 September ini.



Konsert yang diterajui Jamal ini turut mengetengahkan adiknya, Jamilul Hayat.



Jamal atau Jamal Ubaidillah Ali, 57 tahun, tidak menafikan Ameng dan Zamani dipilih berkongsi pentas dengannya kerana memiliki sejarah yang sama.



Katanya, beliau pernah berada di tempat mereka dahulu, tetapi peminat masih percaya dan beri peluang kepadanya terus kekal dalam industri hingga kini.



Kini Jamal terpanggil membantu mereka, sekali gus memberi sokongan supaya kembali bangkit dan berjaya seperti dirinya, lapor Utusan Malaysia.



Sebelum ini Jamal pernah mengundang Saleem Iklim menjayakan konsert khas, tetapi kali ini Jamal mengakui tidak mengundang Saleem kerana memilih gandingan yang lain pula.



Perancangan mendapatkan Ameng juga dilakukan sejak setahun lalu dan Jamal sendiri berjumpa Ameng di Penjara Kluang, Johor, untuk berbincang dan akhirnya dapat direalisasikan.



Mula dikenali selepas menjuarai Bintang RTM pada 1979, beliau terus melakar satu demi satu kejayaan selepas itu. Namun, kerana salah langkah, Jamal terjebak dengan kontroversi.



Ternyata nasibnya baik kerana beliau terus diterima peminat dan kini boleh menjadi contoh buat artis senasibnya hingga terus diminati dan bertahan selama 37 tahun dalam industri seni muzik.



Kini, kata Jamal, tiba masanyambeliau membantu adik-adik sealiran meneruskan kerjaya seni selepas berhadapan dugaan. Pasti banyak dugaan yang harus mereka hadapi dan tentunya bantuan diberikan dapat membantu mereka bangkit semula, lapor akhbar itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >