WALAUPUN popularitinya tidak sehebat dahulu Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi (gambar) mengaku kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia.
Penyanyi yang pernah menjuarai pertandingan nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dan pernah popular dengan lagu Aduh Saliha, kini sibuk menguruskan perniagaan bersama isterinya Ekin.