Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Membesar dengan raksasa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Membesar dengan raksasa

Adik pasangan kembar Ashley dan Mary-Kate berimaginasi semasa kecil
Jun 09, 2014 | 06:00 AM



AKTRES Elizabeth Olsen tidak takut berhadapan dengan raksasa. Apakan tidak, beliau membesar menonton filem paparkan raksasa.


Baru-baru ini jelitawan berusia 25 tahun itu terlibat dalam satu filem melibatkan raksasa berjudul Godzilla.


''Saya sebenarnya membesar menonton filem raksasa. Filem yang ada raksasa yang paling menggerunkan saya ialah Star Wars: Episode IV.


''Dalam filem itu watak Luke Skywalker bersama rakan-rakannya telah terperangkap dalam sebuah tempat pembuangan sampah di Death Star, dan di situ ada sejenis raksasa aneh di bawah timbunan sampah sarapnya,'' kata beliau yang mempunyai sepasang kakak kembar.


Laman USA Weekend melaporkan bahawa sejak menamatkan pengajiannya di Sekolah Kesenian Tisch di Universiti New York, Olsen telah mula muncul dalam beberapa filem bajet rendah.


Tapi kini beliau beralih kepada blockbuster Hollywood pula. Selain berlakon dalam Godzilla, beliau juga berlakon sebagai watak Scarlet Witch dalam filem Avengers: Age of Ultron, yang kini sedang menjalani penggambaran.


''Yang paling menarik buat saya ialah makanan. Filem-filem berdikari mempunyai bajet yang terhad dan akibatnya makanan yang dihidangkan tidaklah begitu hebat.


''Tapi berlakon dalam filem blockbuster berbeza kerana mereka sediakan makanan yang berlebihan. Namun saya juga gemar dikelilingi jumlah kru penggambaran yang kecil di mana saya dapat kenali setiap seorang nama mereka.


''Terdapat perasaan yang lebih mesra dalam suasana sedemikian. Dalam filem Avengers, kadangkala saya tak tahu ke mana arah kamera yang perlu dipandang,'' ujarnya.


Meskipun Olsen telah bekerja tanpa henti semenjak tiga tahun lalu beliau masih mampu mencari masa untuk bertunang dengan seorang pelakon, Boyd Holbrook.


Dengan jadual yang begitu bila pula masanya dapat beliau melangsungkan perkahwinannya?


''Saya gembira bila saya bekerja dan saya gembira juga bila tidak bekerja kerana saya dapat uruskan hal lain dalam kehidupan saya.


''Saya berasa seronok kerana mampu imbangi kehidupan dengan kerja, dan pada masa ini saya mempunyai masa untuk lakukan semua itu,'' ujarnya.


Memandangkan kini beliau salah seorang watak utama dalam filem, siapakah watak aktres lasak yang paling digemari Olsen?


''Semua watak wanita dalam filem Lord of the Rings setanding dengan kaum Adam. Itulah yang menarik buat saya.


''Seorang lagi ialak watak Ratu Elizabeth lakonan Cate Blanchett yang juga cukup hebat. Selain itu satu lagi watak yang sama hebat ialah Catwoman lakonan Michelle Pfeiffer kerana watak itu banyak mempengaruhi saya semasa membesar,'' jelasnya.


Satu lagi pengaruh besar dalam kehidupan Olsen ialah tempat asal usulnya di San Fernando Valley, Los Angeles.


''Terdapat sesuatu yang menarik tentang kehidupan berada di luar rumah pada setiap masa.


''Saya rasa amat bebas semasa kecil.


''Saya akan berlari sana ini, mengotorkan diri dan kemudian terjun dalam kolam renang. Saya fikir saya mempunyai zaman kanak-kanak yang paling menarik sekali. Ibu bapa saya tidak pernah arahkan saya agar masuk ke bilik dan bermain.


''Saya bukannya seorang yang gemar bermain permainan video masa kecil. Permainan saya berunsur imaginasi saya sendiri. Malah sehingga kini saya masih berimaginasi,'' ujarnya.


Semasa kecil, Olsen sering menghabiskan kerja sekolah di set penggambaran siri Full House sedang kakak-kakak kembarnya, Ashley dan Mary-Kate, menjalani penggambaran.


''Semasa kecil anda hanya akan perhatikan dan tidak sedar bahawa apa yang anda perhatikan itu akan menjejas anda.


''Saya hanya anggap semua itu sebagai sebahagian yang berlaku tempat kerja.


''Berlakon merupakan sesuatu yang amat saya minati dan tiada sesiapa yang dapat melarang saya,'' tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >