SEBUT sahaja nama sasterawan, ulama dan ahli falsafah agung, Allahyarham Profesor Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka, pasti timbul rasa kagum dalam hati pelakon Amar Baharin.
Apatah lagi ketika mengamati setiap karyanya yang berinti dan menusuk sanubari seperti Di Bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal van der Wijck - tiada kata, secantik bahasa.