Mila Kunis seronok jadi ibu
Ingin ajar anak perempuan kuasai bahasa ibunda Russia, tolak tawaran lakonan buat masa ini
Mar 02, 2015 | 05:30 AM
MILA Kunis baru sahaja menimang cahaya mata pertama sekitar lima bulan lalu. Baginya, banyak sungguh perubahan yang dialami sejak bergelar ibu.
"Ia bagaikan pengalaman yang merubah kehidupan saya. Saya bangga dapat menjadi ibu sepenuh masa di rumah. Saya tiada hasrat berlakon depan kamera buat masa ini.