Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Mira Filzah nafi sibuk atur majlis kahwin dengan Zizan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mira Filzah nafi sibuk atur majlis kahwin dengan Zizan

Sep 01, 2018 | 05:30 AM



PELAKON dan pengacara popular, Mira Filzah, menafikan khabar angin mengatakan beliau kini sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan pelawak, Zizan Razak.



Mira atau nama lengkapnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25 tahun, berkata desas-desus yang hangat diperkatakan di media sosial adalah tidak benar memandangkan kedua-dua sibuk menguruskan kerjaya masing-masing.



Kata pelakon drama rantaian Rahsia Hati Perempuan itu, beliau kini sibuk dengan pelbagai komitmen kerja sehingga tidak mempunyai masa memikirkan soal peribadi terutama mengakhiri zaman bujang dalam tempoh masa terdekat.



"Tidak dinafikan ada yang bertanyakan tentang hal itu tetapi sejujurnya ia adalah tidak benar.



"Tiada sebarang majlis yang akan diadakan apatah lagi berkahwin," ujarnya yang ditemui di Majlis Pelancaran Kempen Salam Taiwan, lapor laman Kosmo.



Mengenai hubungannya dengan Zizan, Mira berkata, beliau selesa rapat dengan Zizan, 34 tahun, yang disifatkan sebagai seorang lelaki yang ikhlas dan telus dalam bersahabat dengannya.



"Sekiranya mengatakan ciri-ciri, saya tidak meletakkan sebarang kriteria untuk itu tetapi sepanjang berkawan dengan Zizan, saya selesa dengannya.



"Buat masa sekarang saya lebih fokus kepada kerjaya lakonan, pengacaraan dan kini tanggungjawab sebagai Duta Pelancongan Taiwan berbanding memikirkan soal peribadi," jelasnya.



Mira dipercayai mula berkawan rapat dengan pelakon filem Abang Long Fadil itu sekitar dua tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >