Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Mukerji dedah pernah ada masalah gagap

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mukerji dedah pernah ada masalah gagap

Jan 15, 2018 | 05:30 AM



RANI Mukerji kini sedang bersiap sedia untuk tampil di layar perak sekali lagi menerusi filem terbarunya, Hichki.



Sedutan filem itu telah dikeluarkan baru-baru ini, yang menunjukkan Mukerji berlakon selaku guru yang menghidap masalah Sindrom Tourette.



Meskipun perkataan hichki biasanya bermakna tersedu, ia digunakan sebagai judul dalam filem itu dalam konteks lebih luas.



Di sini, hichki digunakan sebagai sebarang masalah fizikal yang melanda dalam kehidupan.



Laman IBTimes melaporkan bahawa sedang Mukerji memainkan watak yang mengalami Sindrom Tourette, beliau sendiri mendedahkan bahawa dirinya mengalami masalah gagap semasa zaman kanak-kanaknya.



Dalam sedutan filem Hichki, Mukerji mendedahkan bagaimana beliau mengatasi isu itu sambil menambah bahawa ibunya juga mengalami masalah serupa, dan abangnya masih lagi menghidapnya.



"Saya memang sering gagap semasa kecil. Ibu saya mengalami masalah gagap dan abang saya masih lagi menghidapnya dan agak teruk.



"Namun, saya dapat atasinya sebagai seorang aktres memandangkan kami perlu menyampaikan dialog dan ekspresi emosi. Dan masalah gagap lebih jelas apabila anda sedang emosi tentang sesuatu.



"Saya perlu bekerja keras untuk mengatasinya dan mengawalnya.



"Tapi yang baiknya jika anda dapat lakukan sesuatu untuk atasi kelemahan anda itu, anda pasti boleh ubahnya jadi kekuatan anda sendiri," ujar Mukerji.



Beliau kemudian berkata bahawa ibunya, Krishna Mukerji, dahulu bimbang mahu bercakap semasa berkumpul.



Namun, beliau akhirnya dapat mengatasinya.



"Memandangkan ibu saya sendiri pernah gagap, beliau banyak menyokong saya.



"Apabila ibu berkahwin pada usia 20 tahun dan datang ke Mumbai bersama bapa, masalah gagapnya begitu teruk sekali dan beliau enggan berbual semasa berkumpul.



"Namun, beliau tidak hadapi masalah ini semasa menyanyi, meskipun di atas pentas, tetapi hanya gagap semasa berbual.



"Akhirnya beliau bekerja keras untuk mengatasinya, dan bapa juga memberi sokongan kepada beliau," tambah Mukerji.



Beliau berkata masalah gagapnya itu bukan sesuatu yang lahir bersamanya, maka mudah untuknya mengatasi masalah itu.



"Kemudian abang saya, Raja, pula menghidapnya. Dan saya pula hidapinya semasa melihat Raja. Mungkin masalah saya itu bukan sejak lahir, tapi kerana 'ikut-ikut'.



"Jadi saya dapat atasinya awal," kata aktres berusia 39 tahun itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >