Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Nasir terkilan Amy tidak sempat beri penghormatan terakhir kepada Yazit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Nasir terkilan Amy tidak sempat beri penghormatan terakhir kepada Yazit

Sep 27, 2019 | 09:13 AM



KUALA LUMPUR - Pemain gitar bass Kumpulan Search, Nasir Taib mengakui terkilan penyanyi utama kumpulan itu, Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search) tidak sempat pulang dari Jakarta, Indonesia bagi memberi penghormatan terakhir kepada pemain dram, Allahyarham Yazit Ahmad yang meninggal dunia.



Nasir yang juga pengasas utama kumpulan rock terkemuka tanah air bersama Allahyarham Yazit berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Amy menyuarakan permohonan maaf kepada beliau, ahli Kumpulan Search lain dan ahli keluarga Allahyarham kerana tidak sempat pulang disebabkan tuntutan kerja.



Menurutnya, Amy juga berasa terkilan kerana tidak dapat bersama dengan seluruh ahli kumpulan Search bagi menziarahi jenazah Allahyarham Yazit yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Taman Selasih semalam (26 Sept).



"Saya berpesan kepada Amy sekiranya sempat pulang, maka cubalah pulang kerana kesemua ahli kumpulan Search sudah bersaudara sejak 40 tahun lalu.



"Sekiranya sempat, baliklah dan jika tidak, saya anggap ini ketentuan takdir. Apapun, selama 40 tahun kami susah senang bersama, setiap ahli keluarga Search tiada galang ganti dan saya tidak dapat terima apabila kami tidak lengkap," katanya dengan nada sebak, dalam laporan Sinar Harian.



Nasir berkata, selain beliau, anggota Kumpulan Search lain seperti Kid (Hamzah Abdul Taib) dan Nordin (Taib) sudah menziarahi Allahyarham sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum itu.



Menurutnya, Allahyarham Yazit sangat rapat dengannya dan sangat mengenali hati budi masing-masing disebabkan keserasian permainan muzik antara mereka berdua selaku pemain gitar bass dan dram.



"Kehilangannya memberi kesan besar dalam hidup saya kerana Allahyarham Yazit merupakan tangan kanan saya sepanjang memperjuangkan muzik Kumpulan Search sejak 40 tahun lalu.



"Sama ada kami akan menganjurkan satu persembahan 'tribute' Kumpulan Search kepada Allahyarham Yazit, saya akan berbincang dengan semua ahli kumpulan untuk menjayakan memandangkan kami tidak pernah mengenepikan beliau dari kumpulan ini," katanya.



Nasir turut memberi jaminan hak royalti Allahyarham Yazit akan terus disalurkan kepada ahli keluarganya meskipun perancangan Kumpulan Search untuk dijenamakan dalam bentuk perniagaan berjaya direalisasikan kelak.



"Kami tidak pernah mengisytiharkan Allahyarham Yazit bukan ahli Search dan segala hak beliau akan terus disampaikan kepada waris keluarganya sebagaimana dilakukan kami sebelum ini," katanya.



Sebelum ini, Allahyarham Yazit dikejarkan ke HKL selepas mengadu sesak nafas kira-kira jam 3.30 petang, Selasa lalu sebelum dirawat di ICU hospital berkenaan.



Allahyarham Yazit disahkan meninggal dunia pada jam 11.53 pagi selepas doktor menghentikan alat bantuan pernafasan.



Yazit sebelum ini pernah beberapa kali ke hospital selepas mengalami sesak nafas selain menghidap penyakit paru-paru berair dan kerosakam buah pinggang.



Kumpulan Search ditubuhkan Yazit yang turut bertindak sebagai pemain dram kumpulan itu pada tahun 1982.



Kumpulan rock terkemuka negara terkenal dengan lagu Isabella, Fantasia Bulan Madu, Rozana, Pawana dan Isi dan Kulit. Kumpulan rock legenda ini juga telah menghasilkan lebih 20 album studio yang laris terjual sekaligus menjadikan mereka antara kugiran rock terunggul negara sejak tiga abad lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >