PERANANNYA sebagai pegawai penyiasat yang sering menghadapi cabaran besar dan mempunyai seorang abang cacat dalam siri drama Firasat memang bukan mudah.
Norman Ishak masih ingat betapa sukarnya beliau melakukan adegan terperangkap dalam bawah tanah, menggambarkan keadaannya bagai "nyawa-nyawa ikan".