PELAKON Fauziah Ahmad Daud yang pernah dianggap paling serasi digandingkan dengan aktor Allahyarham Azmil Mustapha menyifatkan pasangannya dalam filem itu sebagai seseorang yang menyenangkan dan tidak pernah bercerita buruk mengenai orang lain.
Fauziah atau lebih mesra dipanggil sebagai Ogy berkata, Azmil sudah dianggap sebagai seorang abang yang menyokong awal penghijrahannya dulu.