PENYANYI lagu Not For Sale, Stracie Angie Anam, 25 tahun, atau lebih dikenali sebagai Stacy sedia memaafkan penyebar rakaman video dan gambar berhubung proses pengislamannya di Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), Johor Bahru, baru-baru ini.
Walaupun berasa dianiaya, Stacy, yang kini menggunakan nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah berkata beliau berusaha bersabar ketika menghadapi ujian.