DUBAI: KECOH peminat Aaron Aziz di laman Instagram minggu lalu apabila mengetahui beliau sedang membuat penggambaran di Dubai.
Peminat-peminatnya di sana tidak mahu ketinggalan dan mencetuskan keinginan bertemu dengan artis kesayangan mereka. Walaupun sibuk dengan tugas dan mengejar masa yang singkat, Aaron tidak menghampakan peminat dan bersetuju bertemu mereka di lokasi yang ditetapkan pada Selasa lalu di Marina Walk setelah tamat penggambarannya pada malam itu.