Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Penyanyi muda mahu cipta lagu isu 'terlarang'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi muda mahu cipta lagu isu 'terlarang'

Sep 27, 2017 | 05:30 AM



"SAYA nak buat lagu tabu!"



Begitulah laungan impian penyanyi muda Singapura Ahmadul Amin Haron.



Lebih selesa dipanggil Amin, penyanyi berusia 21 tahun itu memberitahu Berita Harian bahawa beliau ingin memberi kelainan dalam industri muzik dengan mengetengahkan isu terlarang, atau tabu, dalam lagu yang dicipta.



Sungguhpun demikian, Amin akur isu terlarang agak sensitif bagi masyarakat Melayu.



"Oleh sebab itu, saya menghasilkan lagu jenis pop agar dapat seimbang dengan lirik yang agak serius," ujarnya, yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Sehingga kini, beliau sudah menghasilkan lima lagu berunsur terlarang.



Antaranya ialah lagu bagi projek tahun akhir kursus diploma teknologi muzik dan bunyian yang diikutinya di Politeknik Singapura berjudul Parodi Melayu.



Lagu tersebut, yang beliau dendangkan pada majlis tamat pengajian tahun lalu, menyentuh perihal stereotaip yang sering dikaitkan dengan orang Melayu yang suka melepak dan malas bekerja.



Pada akhir lagu tersebut, beliau menekankan bahawa ciri itu ada bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Melayu, bahkan masyarakat lain.



Antara lagu tabu lain yang beliau hasilkan ialah Baju Raya Hijau dan Bila Dah Dewasa. Amin berkata lagu-lagu tersebut tercipta hasil pengalaman sendiri dan belum disiarkan.



"Lagu Baju Raya Hijau menceritakan pengalaman seorang askar. Karya ini dihasilkan berdasarkan pengalaman menjalani NS. Saya perlu daftar masuk NS pada Hari Raya kedua. Disebabkan itu, tajuknya ialah Baju Raya Hijau," ujarnya.



Anak keenam dalam keluarga tujuh adik-beradik itu juga menceritakan keterujaannya apabila 'single' ciptaan, Selamat Malam Sayang, mendapat perhatian. Beliau teruja setiap kali mendapat tahu bahawa lagunya dimainkan di radio.



"Apabila lagu saya diputarkan, saya akan suruh semua orang dalam rumah diam sekejap dan dengar lagu tersebut.



"Saya juga akan menghantar mesej kepada rakan-rakan 'Korang (dengar radio) Ria, sekarang!'.



"Kawan saya pernah menceritakan bahawa pada suatu ketika, beliau sedang mendendangkan lagu tersebut pada Hari Raya. Apabila saudaranya terdengarnya menyanyikan lagu itu, beliau beritahu yang beliau sukakan lagu itu.



"Bila saya dapat tahu, saya rasa macam 'Wow, betul ke ni?' Rasa terharu bila orang lain yang saya tak tahu, kenal lagu saya," ujarnya.



Video muzik Selamat Malam Sayang telah pun dilancar di YouTube.



Amin, yang pernah memasuki pertandingan adu bakat The Final One di Saluran 5, berharap dapat menggapai cita-cita sebagai penyanyi dan penggubah lagu selepas tamat NS kelak.



Walaupun pernah mendapat tentangan daripada kenalan rapat, beliau tetap berusaha mengejar cita-cita itu.



"Ramai yang cakap (cita-cita) ini satu idea tidak bernas, tapi saya percaya dengan lagu yang saya hasilkan. Bila mereka lihat saya bersungguh-sungguh dalam bidang ini, mereka akhirnya bersetuju dengan pilihan saya ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >