TAMAN Warisan Melayu (TWM) bakal diselubungi alunan muzik asli bermula 7.30 malam Jumaat ini.
Seramai 14 bakat solo dan kumpulan bakal bertarung dalam pertandingan lagu asli Senandung Sukma 2017 sempena Pesta Budaya Melayu di TWM. Bakat mereka telah dicungkil menerusi sesi uji bakat awal bulan lalu.