SETIAP kali beliau ke Singapura pasti terimbau kembali zaman "kegilaan" peminat-peminatnya menyambut beliau dan kumpulannya, 4U2C, dari lapangan terbang hinggalah ke tempat pertunjukan.
"Bila kami mula-mula sampai di Singapura, semasa kami tiba di lapangan terbang, yang lucunya, orang ramai. Mereka tunggu siapa sebenarnya?" cerita Dato' AC, atau nama sebenarnya Dato' Mizal Dato' Zaini, yang tidak menyangka mereka yang datang sebenarnya untuk menyambut ketibaan kumpulan rapnya yang menjadi kegilaan ramai remaja pada tahun 90-an dahulu dan amat popular dengan lagu Fiona.