Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Remy makan lapan kali sehari

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Remy makan lapan kali sehari

May 06, 2018 | 05:30 AM



DISEBABKAN mahu memiliki berat badan yang disasarkan seberat 90 kilogram, pelakon Remy Ishak terpaksa makan sebanyak lapan kali sehari.



Remy berbuat demikian untuk membesarkan badannya sebelum memulakan penggambaran filem aksi terbaru pada 8 Mei ini, menurut laporan akhbar mStar Online.



"Saya dalam proses membesarkan badan kerana filem baru saya akan bergandingan dengan Zul Ariffin, jadi saya terpaksa buat badan kerana badan Zul besar.



"Berat badan saya sekarang 76 kilogram dan perlu naik 90 kilogram, dan kemudian turunkan pula kepada 83 kilogram sebelum mula penggambaran ini.



"Setiap hari saya perlu makan lapan kali iaitu nasi, ayam dan telur sampai kadang-kadang saya rasa sesak nafas," ujarnya lagi kepada akhbar itu.



Menurut Remy, beliau sebenarnya berasa tidak selesa dengan keadaan berat badannya sekarang.



Pergerakannya juga dirasakan agak perlahan berbanding berat sebelum ini.



"Setiap hari dari hingga 8 pagi saya akan ke gimnasium dan malam pula ada latihan mempertahankan diri MMA (Seni Mempertahankan Diri BercampurCampur)," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >