JAUH di lubuk hati pelakon Indonesia Reuben Elishama pada 18 September tahun lalu, beliau sudah pasti bahawa gadis manis dan pelakon/hos setempat Shenty Feliziana adalah pilihan pasangan seumur hidupnya.
Sebabnya, pada tarikh itu yang juga hari lahirnya, Reuben, 39 tahun, berasa tersentuh apabila mendapat tahu bahawa Shenty atau nama sebenarnya Shenty Feliziana Sudirman, 28 tahun, telah menganjurkan jamuan makan malam bersama ahli keluarganya di Jakarta.