Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Siti keguguran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Siti keguguran

Dec 01, 2015 | 10:38 AM



KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai kehamilan penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, terjawab apabila beliau mengesahkan kandungannya yang berusia dua bulan mengalami keguguran.


Berita sedih itu dikongsi Siti, 36 tahun, menerusi laman Instagramnya yang dimuat naik kira-kira jam 10 pagi tadi.


"Bukan niat Siti mahu menafikan berita kehamilan itu kerana ia adalah anugerah terindah yang sekian lama Siti nantikan.


"Pun begitu, untuk mengiyakannya juga takut kerana kandungan ini masih terlalu awal untuk dihebahkan dan Siti mahu menunggu masa yang sesuai.


"Bagaimanapun, Allah SWT sempat meminjamkan anugerah ini untuk sementara saja. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan mengalami keguguran," kata Siti.


Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, namun penyanyi Jaga Dia Untukku itu reda menerima ketentuan takdir sambil mengharapkan doa daripada peminat agar rezeki untuk menimang cahaya mata terus berpihak kepadanya.


"Siti reda dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah beri Siti jawapan di atas doa selama ini.


"Insya-Allah, semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya," ujarnya.


Menurut Siti lagi, beliau kini sedang menjalani proses berpantang dan akan kembali menjalankan tugas seperti biasa selepas itu.


Bekas juara Bintang HMI 1995 ini turut meluahkan rasa syukur kerana keluarga, terutama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, banyak memberikan sokongan ketika berdepan dengan situasi itu.


Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >