Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Siti: Tak betul semua tu...

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Siti: Tak betul semua tu...

Nov 09, 2015 | 03:28 PM



KUALA LUMPUR: Penyanyi ternama tanah air, Datuk Siti Nurhaliza, menafikan dakwaan mengatakan beliau telah hamil seperti mana yang diperkatakan ramai dan dilaporkan media Malaysia semalam.


Sejurus membuat persembahan pembukaan sempena Konsert Satu Suara Volume 2 yang diadakan di Istana Budaya di sini semalam, beliau membuat satu kenyataan bagi menepis dakwaan tersebut.


"Mana ada saya mengandung. Tak betul semua tu," komennya ringkas menjawab spekulasi berkenaan.


Terdahulu, menurut portal berkenaan, Datuk Siti Nurhaliza telah pun hamil dan berita itu dikongsi sendiri oleh anak tirinya, Asyraf Khalid ketika majlis perkahwinan pemuda terbabit yang berlangsung minggu lalu.


Ditambah pula, baru-baru ini, penyanyi lagu Dialah Di Hati itu menerusi laman Instagramnya memuat naik gambar segelas minuman hasil ramuan susu kambing dan buah kurma, yang lazim menjadi kegemaran ibu sedang mengandung.


Sementara itu, Asyraf yang ditemui ketika hadir ke majlis Anugerah Skrin 2015 di PWTC di sini malam tadi memberitahu, beliau langsung tidak ingat akan kenyataannya tentang kehamilan Datuk Siti.


"Saya tak rasa pernah mengeluarkan kenyataan itu. Mungkin ada salah faham. Apapun doakan sahaja agar dia (Siti Nurhaliza) dikurniakan cahaya mata bersama ayah saya," ulas anak ketiga kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >