SHAH ALAM: Juara Akademi Fantasia 2015 (AF 2015), Sufi akur kes gangguan seksual yang dibuatnya bersama penyanyi Indonesia iaitu Tegar terhadap bekas bapa tirinya, Muhammad Arif Dollah, telah digugurkan selain tidak berhasrat memanjangkan perkara itu.
Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, 24, berkata, tindakan yang dibuat sebelum memasuki program realiti itu dilakukan atas dasar ingin membantu Tegar.
"Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan iaitu membuat pendedahan tentang isu tersebut.
"Niat saya ialah untuk membantu sahabat saya sahaja, bukan untuk mempertahankan diri saya tetapi mempertahankan hak kami. Kalau kes ini sudah digugurkan saya rasa tidak patut untuk dibuka balik.
"Kalau sahabat saya (Tegar) tidak mahu teruskan kes itu, its ok, saya doakan yang terbaik sahaja, kalau orang itu bersalah dia akan terus berdosa," ujarnya kepada mStar Online.
Sufi berkata demikian bagi mengulas laporan media sebelum ini yang memetik kenyataan bekas bapa tirinya Muhammad Arif Dollah mendakwa laporan dibuat tegar telah digugurkan polis.
Malah Muhammad Arif selaku bekas pengurus artis itu dilaporkan turut berhasrat menyaman beberapa individu termasuk Sufi kerana membuat tuduhan kononnya dia melakukan gangguan seksual terhadap mereka.
Sebelum menubuhkan restoran stik, ASAP & Co. pada 2020, Encik Isrudy Shaik, menceburi bidang seni sebagai penyelaras di galeri pameran.
Setelah berkecimpung di dalam bidang itu selama 11 tahun, Encik
Hanya dengan menonton iklan Hari Raya Petronas dari seberang Tambak yang panjangnya tidak sampai lima minit, saya boleh langsung ‘banjir’ tanpa henti.
Air mata yang mencurah-curah dek pesanan tentang
Perwatakan sebuah kawasan kejiranan ditakrifkan oleh ruangnya, kegiatan yang dilakukan di ruang tersebut dan penduduk yang tinggal, kerja dan main di setiap kejiranan.
Lembaga Warisan Negara (NHB)
Meskipun baru enam bulan ditubuhkan sejak Oktober 2023, band Singapura, ORA, sudah menetapkan matlamat ingin menembusi pasaran antarabangsa dengan menjalankan persembahan atau ‘gig’ jelajah ke enam
NEW YORK: Khidmat teksi robot, atau kenderaan tanpa pemandu yang boleh membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat, telah mendapat sorotan negatif dek berlaku beberapa pelanggaran di jalan raya
Lagu Lebaran yang dicipta bukan setakat merakam dan menyebarkan keceriaan menyambut 1 Syawal yang mulia.
Buat penyanyi dan komposer Singapura, Rudy Djoe, sesebuah lagu Hari Raya tetap boleh memainkan
Dalam kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab, ibu bapa dan penjaga sering terjerat dalam kesibukan sehingga mudah mengabaikan kesan penting tabiat harian kanak-kanak.
Namun begitu, satu
Walaupun beliau sudah lama mengumumkan pengundurannya daripada dunia seni hiburan, pelakon, penyanyi dan peragawati, Noorkumalasari, yang popular pada era 1980-an tetap masih mendapat perhatian
Di jalanan yang sibuk di Jakarta, mata penyanyi Eka Mairina mencari-cari gelandangan yang menumpang teduh di tepi jalan, di bawah jambatan dan ceruk-ceruk lorong.
Sambil memandu keretanya yang sarat
Kalau sentuh bab Raya, kanak-kanaklah golongan yang paling teruja menyambutnya.
Manakan tidak, Hari Raya adalah masa untuk mereka ‘berasa’ mempunyai wang yang banyak dalam genggaman.
Pasti sebagai ibu

Dalam konsert final AF 2015 pada Ahad, Sufi diumumkan sebagai juara pertandingan itu yang melayakkan dia membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM50,000 ($16,872), percutian ke Dubai beserta piala sumbangan Astro.
Dalam pada itu, Sufi berkata, dia tidak mahu membesarkan lagi perkara yang disifatkan terlalu peribadi serta melibatkan maruah keluarganya.
Dia juga tidak mahu menjawab perkara-perkara yang dianggap remeh-temeh serta tidak memberi manfaat kepada kerjayanya sebagai artis baharu.
"Perkara dah tutup saya tidak mahu ulas dan panjangkan lagi. Ketika tiga bulan saya di akademi saya tidak diberikan telefon untuk menghubungi siapa-siapa dan mengetahui perkembangan dunia luar.
"Kalau orang nak tanya saya terima tetapi saya tidak akan menjawabnya," ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang kemenangan tersebut, Sufi berkata, dia akan menetap di Kuala Lumpur bagi memberi perhatian terhadap kerjaya nyanyaiannya itu.
Dia juga mahu mengembangkan bakatnya sebagai penyanyi yang boleh menggubah lagu sendiri supaya mampu bersaing dengan artis-artis popular negara ini.
Banyak yang saya belajar dalam akademi terutamanya tentang teknik nyanyian sepanjang tiga bulan ini. Insya-Allah saya akan aplikasikannya dalam kerjaya saya yang baru bermula ini.
"Saya akan tinggal di rumah saudara saya di Kuala Lumpur bagi meneruskan kerjaya nyanyian di bawah pengurusan Astro," ujarnya.