Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Sufian ditawar biasiswa bagi pengajian PhD lepas putus tunang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sufian ditawar biasiswa bagi pengajian PhD lepas putus tunang

Mar 31, 2018 | 05:30 AM



SILIH berganti berita menggembirakan disampaikan kepada penyanyi Sufian Suhaimi selepas melalui episod sedih putus tunang dengan pelakon Elfira Loy, baru-baru ini.



Terbaharu, penyanyi lagu Di Matamu itu mendapat beberapa tawaran biasiswa bagi melanjutkan pengajiannya ke peringkat tertinggi iaitu doktor falsafah (PhD).



Sufian, 26 tahun, memberitahu laman mStar Online bahawa beberapa universiti awam dan swasta menawarkannya melanjutkan pengajian sejurus beliau menyelesaikan Ijazah Sarjananya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Februari lalu.



"Alhamdulillah ada beberapa universiti menawarkan saya lanjutkan pelajaran ke peringkat PhD walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana.



"Ada beberapa tawaran menarik diberikan termasuk biasiswa penuh dalam bidang komunikasi dan pengurusan.



"Saya menganggap ini sebagai rezeki kerana bukan mudah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke PhD," katanya kepada laman tersebut.



Bagaimanapun, kata Sufian, buat masa ini beliau terpaksa melupakan terlebih dahulu hasrat menyambung pengajiannya kerana ingin memberi tumpuan kepada kerjaya seni terlebih dahulu.



Katanya, jadualnya kini padat dengan pelbagai kegiatan seni dan bimbang beliau tidak dapat membahagikan masa dengan baik.



"PhD bukannya mudah dan saya perlu betul-betul memberi komitmen kepada pelajaran sekiranya saya terima tawaran yang diberikan.



"Tambahan pula, sekarang banyak perancangan yang telah disusun dan jadual sangat padat," katanya.



Menurut Sufian lagi, suatu hari nanti beliau akan tetap menyambung pengajiannya apabila tiba masa sesuai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >