Suka lakon filem komedi

BINTANG Hollywood, Emma Stone, yang memulakan kerjayanya dalam filem komedi Superbad, berkata genre tersebut masih tetap menjadi minatnya sehingga hari ini.

Aktres berusia 26 tahun itu mendapat pujian kerana bakatnya dalam drama The Help, selain filem jenayah Gangster Squad. Namun, beliau mengakui akan sentiasa meminati filem bercorak lucu, menurut Contactmusic.